Lautan dunia tenat, populasi ikan besar berkurang kerana perubahan iklim

Dalam pada dunia memacu laju bergerak ke arah kemajuan, mungkin ramai tidak sedar bahawa kini keadaan lautan dunia berada dalam keadaan tenat dan darurat.

 

Populasi ikan besar merosot

Menurut Ketua Pusat Tadbir Urus Latihan Lautan Institut Oseanografi & Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu iaitu Prof Dr Wan Izatul Asma, manusia telah mengeksploitasi lebih daripada kapasiti yang lautan mampu isikannya semula.

Disebabkan itu, populasi ikan-ikan bersaiz besar telah merosot sehingga 90%.

 

 

Perubahan iklim mendadak

Tegasnya, kepesatan pembangunan dan isu pemanasan global menyebabkan berlakunya perubahan iklim mendadak, sekaligus memberi kesan buruk kepada lautan sehingga memusnahkan 50% terumbu karang di dalam laut.

 

 

Oleh yang demikian, beliau menyeru masyarakat seluruh dunia agar bersama-sama memulihara lautan dengan tidak mencemarkannya, menjimatkan penggunaan air dan melaksanakan sistem penangkapan ikan secara bertanggungjawab.

Ini kerana dianggarkan sekitar 40 juta individu menjelang tahun 2030 nanti akan bergantung hidup kepada industri berasaskan sumber laut.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen