Lepas 6 hari masuk hospital, pelawak lejen Hamid Gurkha meninggal dunia

Oleh: Zuzu Yasmine

Pelawak legenda, Hamid Gurkha disahkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, jam 2.19 petang ini.

Allahyararham berusia 90 tahun menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain.

Berita pemergian Hamid atau nama sebenarnya, Abdul Hamid Abdul Rahman disahkan anak bongsunya, Nor Ashita Hamid.

"Kami reda atas pemergian arwah. "Allah lebih menyayangi arwah selepas enam hari dimasukkan ke hospital," katanya kepada BH Online.

Katanya, jenazah arwah masih berada di hospital untuk melalui beberapa prosedur.

"Saya dan adik-beradik tak dapat menjangkakan bila pengebumian akan dilaksanakan. Mungkin hari ini atau esok, tetapi kami berharap urusan pengebumian dapat dipercepatkan," tambahnya.

Terdahulu, Berita Harian, melaporkan keadaan Hamid hanya terlantar atas katil selepas diuji jangkitan COVID-19 pada Februari lalu.

Untuk makluman, Hamid dan isteri, Timah Abdul Hamid, 80, mendirikan rumah tangga enam dekad pada April 1957. Mereka dikurniakan lapan cahaya mata, namun dua daripadanya meninggal dunia. Beliau juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen