"Dah kebulur sangat agaknya." - Selamba guna 'stroller' tahan kereta, lelaki siap marah2 pemandu sebab nak melintas

Oleh: Shasha Zack

Tular satu video yang menaikkan 'darah' orang ramai apabila satu keluarga selamba berjalan di tengah kesesakan jalan raya dengan menggunakan 'stroller' sebagai lesen untuk melintas.

Rentetan itu, pemandu kereta terpaksa berhenti secara mengejut dan memberi laluan kepada lelaki berkenaan yang dipercayai menuju ke restoran nasi kandar di seberang jalan.

Siap angkat tangan gaya macam marah...

Menerusi perkongsian Facebook Ah Wen, lelaki berkenaan bagaikan telah membuka langkah untuk melintas dengan menggunakan stroller (yang tiada bayi di dalamnya) ke tengah jalan bagi tujuan melintas hingga kereta milik empunya video terpaksa berhenti mengejut.

Kemudian, dapat dilihat gaya lelaki ini yang mengangkat tangan tanda marah kerana empunya kereta tidak memperlahankan kenderaan dek kerana dia sekeluarga ingin melintas.

 

"Suka pamer kebodohan..."

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang berang dengan tindakan lelaki tersebut yang disifatkan sengaja membahayakan nyawa keluarga semata-mata ingin melintas menuju ke restoran nasi kandar.

"Bahayakan nyawa anak bini..."

"Ni otak jenis selit kat..."

"Dah kebulur sangat tu.."

"Apa susah sangat brake je la..."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen