Sokong dari rumah, Syifa Melvin bangga Harimau Malaya layak ke Piala Asia

Oleh: Zuzu Yasmine

Meskipun tiada bayang Syifa Melvin teman wanita kepada pemain bola sepak negara, Safawi Rasid di Stadium Bukit Jalil ketika Harimau Malay menantang Bangladesh namun, siapa sangka wanita berkenaan tetap menyokong dari jauh.

"So proud! (Bangga sangat) Alhamdulillah, syukur,".


Itulah yang diliuahkan oleh pelakon dan usahawan, Syifa Melvin, 28,  terhadap kejayaan diraih pasukan Harimau Malaya yang dikongsikan di Instagram Story.

Mesra dengan panggilan Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin adalah kekasih pemain skuad kebangsaan, Safawi Rasid, 25, yang sekali gus menjadi penyokong utama pemain kelab Johor Darul Takzim (JDT) itu.

Selain memberi sokongan padu, Syifa juga sentiasa mempertahankann Safawi dan memberi semangat kepada pemain itu apabila dikecam netizen akibat aksi hambarnya di padang dan Malaysia tewas.

Bagaimanapun, pada perlawanan penting skuad negara malam tadi menentang Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil, aksi Safawi tidak menghampakan kerana berjaya menyumbang satu gol menerusi penalti.

Pada perlawanan itu, Malaysia menang besar 4-1 sekali gus menamatkan 'badi' 42 tahun untuk layak beraksi ke Piala Asia, tahun depan di bawah jurulatih, Kim Pan-gon.

Sebelum ini terkantoi aksi ‘sweet’ Safawi Rasid dan Syifa Melvin di skrin besar Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi perhatian ramai.

@nikhafiz14 taknak #fypシ ♬ original sound - PG丶NIXS🇲🇾 •Following

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen