"Saya tak buat apa2." -Segan nama disebut, Pan Gon anggap kemenangan sebab pemain berpotensi

Tahu namanya jadi sebutan, namun Kim Pan Gon menyifatkan dirinya hanyalah seorang jurulatih 'kecil' biarpun berjaya membawa Malaysia secara merit ke saingan Piala Asia 2023, semalam.

"Saya hanyalah jurulatih kecil"

Menurut Ketua jurulatih kebangsaan itu, kejayaan bersejarah skuad Harimau Malaya bukan disebabkan oleh dirinya semata-mata tetapi juga sokongan oleh semua pihak yang diberikan kepada beliau untuk membangunkan bola sepak negara.

"Saya hanyalah jurulatih kecil, saya datang ke sini meminta semua pihak membantu dan juga mendapat sokongan khas daripada pasukan-pasukan Liga Super."

"Dengan FAM saya banyak buat permintaan, saya tahu ia agak sukar buat mereka tetapi beliau (presiden) cuba sedaya upaya untuk memenuhinya."

"Seperti kem latihan, kami banyak menambah baik dari segi infrastruktur, kami dapat yang terbaik. Saya tidak melakukan apa-apa, semua yang terbabit melakukan tugas mereka dengan baik."

-Kim Pan Gon-

Kemenangan sebab potensi pemain dan penyokong

Sementara itu, Pan Gon berkata beliau menjadikan kejayaan  JDT layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-juara AFC buat pertama kali pada April lalu sebagai inspirasi.

"Saya dapat lihat ramai pemain berpotensi, ini yang dilakukan oleh bola sepak Malaysia, bukan saya."

Malah, beliau turut mengakui jika Malaysia tidak mempunyai asas bola sepak yang kukuh, sudah pasti sukar untuknya melaksanakan dua misi ditetapkan untuknya, iaitu layak ke Piala Asia dan memenangi piala AFF akan datang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen