'Confident' Bangladesh bakal menang, ‘Abang La’ kalah ‘betting’ terpaksa tahan malu

Oleh: Zuzu Yasmine

Perlawanan diantara Malaysia menantang Bangladesh dalam perlawanan terakhir kumpulan E bagi kelayakan Piala Asia 2023 malam tadi bukan sahaja dibanjiri rakyat negara ini namun juga warga Bangladesh yang berkerja di sini.

Malah, sejak semalam lagi pelbagai gelagat warga negara Bangladesh mencuit hati ramai apabila mereka bersungguh-sungguh yakin akan kejayaan negara mereka.

Bagaimanapun, selepas kuputusan berkata sebaliknya malam tadi, gelagat mereka ini sekali lagi mencuit hati ramai.

Sanggup bertaruh Bangladesh bakal menang.

Seperti video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Zack Zaidie Ghani ini apabila memaparkan salah seorang rakan sekerjanya yang merupakan seorang warga Bangladesh.

Dalam video tersebut, lelaki Bangladesh berkenaan begitu yakin bahawa pasukan negaranya bakal menang malah sanggup mempertaruhkan wang ringgit yang dia miliki.

@thezaidie1 aduh bai tu la jangan konfident sgt ak da ckp jangan 😂 #malaysiavsbangladesh #malaysia #asianqualifiers #asiancup2023 #fyp ♬ original sound - Zack Zaidie Ghani

Walau bagaimanapun, selepas Malaysia berjaya menewaskan Bangladesh dengan 4-1, lelaki berkenaan hanya tunduk malu selain dilihat tidak terima kekalahan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat sikap pekerja berkenaan yang terpaksa akur dengan kekalahan tersebut. Malah, menasihati agar tidak mengambil wang dari lelaki berkenaan.

Sedih duit dah terbang

Nasib baik bukan kira gol

Jangan ambil duit tu bang

Sedih muka dia

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen