Guna mulut tak jalan, netizen senyum lihat gadis berjaya 'seksa' geng motor. -"Itu laluan pejalan kaki."

Meskipun  sudah diletakkan papan tanda, namun ada juga segelintir pengguna jalan raya gagal mematuhi undang-undang, baik di dalam mahupun luar negara.

Lebih hebat lagi, walaupun tahu hukuman atau tindakan yang akan dikenakan, namun mereka tetap dengan kepala sendiri, asalkan cepat sampai ke destinasi.

Guna laluan pejalan kaki nak elak sesak

Mengambil iktibar kejadian dari seberang, menyaksikan tindakan sekumpulan pengguna motosikal dengan selambanya melalui laluan pejalan kaki, kononnya ingin mengelak kesesakan.

 

Geng motor tersesak jumpa gadis keras kepala

Namun, nasib mereka pada hari itu agak malang apabila dipertemukan dengan dua orang gadis keras hati di laluan berkenaan.

Jika dapat dilihat, mereka berdua berjaya membuat penunggang motosikal terseksa menggunakan laluan itu dengan cara sengaja memperlahankan langkahnya.

"Balasan guna hak orang lain"

Disebabkan itu, mereka tiada pilihan lain kecuali terus berada di laluan berkenaan sehingga di penghujung jalan.

Dalam waktu sama, sedar tak sedar nasib mereka menjadi bualan dan bahan ejekan orang ramai pula.

 

 "Biarkan je dik..."

 

 

"Puas hati tengok..."

Bukan itu sahaja, rata-ratanya juga puas hati melihat cara remaja berkenaan yang santai dan tidak peduli dengan nasib kenderaan di belakang.

"Padan muka"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen