“Kita dah buat itu ini, tapi tak beri kesan pada dia.” -Bapa arwah Adib tak mahu panjangkan kes lagi

Oleh: Zuzu Yasmine

Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim anggota bomba yang meninggal dunia dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya memfailkan permohonan menarik balik rayuannya berhubung prosiding komital terhadap bekas Peguam Negara Tommy Thomas atas tuduhan menghina Mahkamah.

Menurut bapa kepada Allahyarham Muhammad Adib berkata, keputusan menarik balik rayuan berhubung permohonan mengkomitkan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas atas tuduhan menghina mahkamah dibuat kerana keluarganya enggan memikirkan lagi soal itu yang sudah berpanjangan hampir empat tahun.

"Dia individu yang bekerja dalam bidang profesional, tidak sepatutnya dimaafkan begitu saja, namun saya tidak mahu pening kepala lagi fikir pasal dia," kata Mohd Kassim Abdul Hamid.

Bapa kepada empat orang anak itu berkata, apa yang dilakukan keluarganya selama ini berhubung permohonan berkenaan seolah-olah tidak memberi kesan langsung terhadap Tommy.

“Kita banyak buat saman itu dan ini, tapi satu pun tidak ada bekas atau kesan untuk dia (Tommy), jika ada kesan tahun pertama dan kedua tentu sudah ada sesuatu untuk sabit kesalahannya.

"Tommy ini masalah sampingan keluarga kami, kalau diikutkan kita nak hukum (ambil tindakan) terhadap dia kerana bahasa dia kurang memuaskan. Namun memandangkan sudah beberapa tahun masih tidak ada kesan, maka pihak peguam bertanya pendapat saya, jadi saya beritahu keluarga sudah tidak berminat teruskan selepas sudah banyak usaha dilakukan," katanya.

Lelaki berusia 66 tahun itu turut memaklumkan bahawa keluarganya reda mengenai perkara itu, namun tetap berharap nasib Muhammad Adib akan terbela juga suatu hari nanti termasuk penjenayah yang menyebabkan kematiannya perlu mendapat hukuman setimpal.

"Itu matlamat keluarga kami, kes dengan Tommy adalah sampingan, kami mahu penjenayah itu ditangkap dan diberi hukuman setimpal," tegasnya.

Sebelum ini, dalam kenyataan media Firma guaman, Tetuan Mohd Zubir Embong & Associates yang mewakili keluarga Muhammad Adib memaklumkan, keluarga itu menarik balik rayuan berhubung permohonan mengkomitkan Tommy atas tuduhan menghina mahkamah

Katanya, arahan itu dibuat oleh keluarga Muhammad Adib kerana tidak lagi mahu memanjangkan perkara berkenaan.

Susulan daripada arahan itu, peguam memfailkan Notis Menarik Balik Rayuan pada 31 Mei lalu, diikuti Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mewakili Tommy memfailkan penarikan rayuan semalam.

Untuk makluman, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya cedera parah dalam rusuhan pada 27 November 2018.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN).

Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen