Tular skuad Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam, kelibat pemain Islam jadi perhatian

Oleh: Zuzu Yasmine

Keterujaan orang ramai apabila skuad Harimau Malaya berjaya mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023 selepas 42 tahun menunggu pastinya tidak dapat digambarkan, begitu juga dengan pemain-pemain.

Bagaimanapun, telah tular satu video memaparkan beberapa pemain skuad berkenaan sedang meraikan kejayaan mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023 yang dipercayai berlaku di kelab malam.

Menerusi satu video berdurasi lapan saat yang tersebar di media sosial dan Whatsapp, antara pemain yang dilihat berada dalam video itu adalah Junior Eldstal, La'Vere Corbin-Ong, Dominic Tan dan Darren Lok.

Walau bagaimanapun, terdapat juga seorang  pemain yang beragama Islam turut kelihatan dalam video berkenaan dan sedang memegang sesuatu di tangan yang dipercayai rokok hingga menjadi persoalan warganet.

Dalam pada itu, menerusi temubual portal HarimauMalaya bersama seorang pemain iaitu Junior Eldstal menjelaskan keadaan yang sebenar.

"Saya tahu ramai salah faham dengan video tersebut terutamanya di sini (Malaysia) yang boleh memperlihatkan tidak baik. Saya tidak boleh komen dengan lebih lanjut mengenai video itu tetapi terdapat pemain-pemain bukan Muslim bersama.

"Apabila sesuatu yang berlaku seperti ini iaitu berjauhan dengan keluarga dan rakan selama sebulan dan kemudian berjaya mengecapi kejayaan ia satu momen yang cukup bahagia untuk kami keluar dan meraikannya," katanya.

@sembangkaribolamalaysia katanya celebrate dengan non muslim tapi akhyar? hmm dengan merokok lagi 🌝 #harimaumalaya🐯 #harimaumalaya #akhyarrashid #akhyar #junioreldstal #demimalaysia🇲🇾 #demimalaysia #ultrasmalaya #berandatiktok #ultrasmalaya07 #ultrasmalaya07🇲🇾🐯 #malaysia ♬ original sound - haabye - sembangkaribolamalaysia

Sebelum ini, Harimau Malaya berjaya mara ke pusingan akhir selepas menewaskan Bangladesh 4-1 dalam perlawanan terakhir kelayakan Kumpulan E di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen