Layak ke Piala Asia 2023, kerajaan pertimbangkan imbuhan kepada skuad Harimau Malaya

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan kejayaan skuad Harimau Malaya atas kelayakan ke Piala Asia 2023 selepas menewaskan Bangladesh 4-1, pihak kerajaan bakal mempertimbangkan pemberian imbuhan kepada pemain-pemain tersebut.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perkara itu akan dibincang dengan Kementerian Belia dan Sukan serta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat.

"Insya-Allah saya akan bincangkan perkara itu dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta akan turut berbincang bersama FAM.

"Ia mengenai keraian atau apa-apa sumbangan yang akan diberikan, kita akan berbincang mengenainya," katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berharap skuad Harimau Malaya mampu mencatat keputusan terbaik dalam aksi Piala Asia 2023.

"Ini cuma ujian pertama yang kita lepasi, ujian lebih besar adalah pada Piala Asia nanti untuk dapatkan tempat (keputusan) terbaik dalam pertandingan.

"Diharapkan semangat juang ini dapat diteruskan untuk mengembalikan nama Malaysia di peringkat antarabangsa terutama sekali di peringkat Asia," katanya.

Terdahulu, skuad bimbingan pengendali dari Korea Selatan, Kim Pan Gon, menumbangkan Bangladesh 4-1 dalam aksi terakhir sekaligus melayakkan diri ke Piala Asia 2023.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen