"Kematian Faziani diragui. Kami syak ada unsur lain..." - Keluarga

Oleh: Shasha Zack

Kematian pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad yang meninggal dunia pada 18 Mei 2019 didakwa mempunyai keraguan hingga membuatkan keluarga Allahyarham tampil membuat laporan polis.

Menurut Harian Metro, laporan polis itu dibuat jam 1 tengah hari tadi di Balai Polis Tumpat selepas tiga tahun kematian pengasas produk berkenaan.

Ketika dihubungi, ahli keluarga Allahyarham mengesahkan perkara tersebut kerana kematian Alahyarham dipercayai mempunyai unsur lain.

 

Pengasas Dnars maut nahas di Thailand - YouTube

"Kematian Allahyarham diragui...."

"Selepas kematian Allahyarham, kami ahli keluarga melantik peguam untuk mendapatkan maklumat dan hasil dapatan peguam terbabit, mendapati kematian Allahyarham diragui.

"Kami mengesyaki kematian Allahyarham bukan disebabkan kemalangan semata-mata sebaliknya ada unsur lain yang menyebabkan kami tampil membuat laporan polis.

"Susulan laporan dibuat, saya juga sudah memberi keterangan kepada pihak polis hari ini dan kami berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan." 

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis yang dibuat keluarga Allahyarham.

Katanya, pihaknya akan merujuk laporan berkenaan ke Bahagian Perundangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) terlebih dahulu memandangkan kes berkenaan berlaku di Thailand.

Terbabit Dalam Kemalangan, Pengasas Dnars Meninggal Dunia | Gempak

Allahyarham dalam perjalanan ke pondok Yala di Thailan

Untuk rekod, Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sebuah pondok di Yala, Thailand untuk memberi sumbangan. Walaubagaimanapun, Allahyarhamah dikatakan kemalangan dan cedera parah.

Allahyarhamah Faziani Rohban dan suaminya, Shah Rizal Ibrahim, pada ketika itu menaiki (MPV) Toyota Estima telah terlibat kemalngan dengan sebuah lori.

Allahyarhamah dilaporkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, manakala suaminya, Shah Rizal Ibrahim, cedera.

Pengasas Dnars maut nahas di Thailand

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen