"Baby dibiar main sendiri & cedera..." - Siti Bainun rupanya tak pernah uruskan penghuni Rumah Bonda

Oleh: Shasha Zack

Menurut Harian Metro, Siti Bainun Ahd Razali tidak pernah menguruskan penghuni Rumah Bonda, sebaliknya diserahkan kepada tiga penjaga yang turut menghuni rumah berkenaan.

Pendedahan itu dibuat oleh Suhana Zam, 40, (saksi pendakwaan kelapan)  ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad pada perbicaraan kes Siti Bainun di  bn Mahkamah Sesyen.

Tambah Suhana, Siti Bainun langsung tidak pernah dilihat menguruskan sendiri penghuni Rumah Bonda khususnya dua bayi, Tulus Jiwa dan Tulus Bail.

Siti Bainun ordered me to bite Bella's tummy.”: Witness

"Pada bila-bila waktu saya berada di kondo (kediaman Siti Bainun) atau keluar dengan Bainun dan budak-budak memang bukan Bainun urus, mandikan, makan, tukar pampers (lampin pakai buang) sebaliknya semua urusan itu dilakukan Aida, Yasmin serta Balqis."

 

"Selain itu, saya sendiri pernah tengok Tulus Jiwa yang masih kecil dan ada alergi kulit dibiarkan duduk serta mengengsot bawah meja hampir sejam, tiada siapa peduli."

"Manakala Tulus Bail pula selalu cedera. Contohnya ada satu malam dia (Tulus Bail) dibiarkan bermain sendiri sehingga jatuh dan berdarah mulut. Apabila dia menangis, Aida, Yasmin atau Balqis pujuk kemudian dibiar main dan jatuh semula di tempat sama serta berdarah lagi.

"Jadi saya rasa budak-budak ini tiada penjagaan baik sebab kejadian ini boleh berlaku berulang kali." 

Dalam sesi sama, Suhana memaklumkan amat yakin bahawa Bella pernah tidur di bilik cuci pakaian kerana pernah melihat Bainun bersama Bella ke bilik berkenaan. Tambahan lagi, Bainun kembali semula ke ruang hadapan tanpa Bella selain remaja Sindrom Down itu juga tidak pernah dilihat bermain di ruang tamu bersama kanak-kanak lain.

Siti Bainun fails to regain custody of yet other adopted child

Suhana juga berkata, laporan polis mengenai kes Bella tidak dibuat kerana bimbang risiko dihadapi Bella dan mahu memastikan Bella dibawa keluar terlebih dulu sewaktu ditanya Nor Azizah berhubung cadangan dikemukakan peguam bela mengenai tindakannya tidak membuat laporan polis walaupun mengesyaki Bella didera.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung esok selepas saksi itu memaklumkan berasa kurang sihat dan tidak mampu meneruskan perbicaraan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen