Alami masalah kewangan kronik , Perdana Menteri Sri Lanka terpaksa minta bantuan negara lain

Ekoran pergolakan yang berlaku, Sri Lanka kini terperangkap dalam krisis kewangan terburuk sejak tujuh dekad selepas rizab pertukaran asingnya menyusut.

Negara dengan 22 juta penduduk itu kehabisan dolar untuk membayar import penting termasuk makanan, ubatan dan bahan api.

sri lanka

 

Sri Lanka alami masalah kewangan

Bukan itu sahaja, stok bahan api di Sri Lanka juga dijangka mampu bertahan sehingga lima hari sahaja.

Kekurangan bahan api kronik bertambah buruk minggu ini dengan barisan panjang di beberapa stesen minyak apabila pemilik kenderaan menunggu semalaman untuk mendapatkan stok petrol dan diesel.

Orang ramai beratur panjang untuk mendapatkan gas memasak di Colombo, Sri Lanka. - Reuters

Krisis ekonomi di Sri Lanka memaksa rakyat beratur panjang mendapatkan pelbagai bekalan asas. - FOTO Reuters

Stok bahan api pula berkurang

Menurut Menteri Tenaga, Kanchana Wijesejekera berkata Sri Lanka sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan India untuk saluran kredit baharu AS$500 juta bagi bahan api.

Ujarnya, negara itu tidak dapat membuat pembayaran tertunggak 725 dolar kepada pembekal dan juga bergelut untuk membuka surat kredit untuk penghantaran masa hadapan.

Terpaksa minta bantuan negara luar

Disebabkan itu, pihaknya terpaksa meminta bantuan negara luar dan itu termasuk negara India yang telah menjadi penyokong utama krisis kewangan Sri Lanka dengan kira-kira AS$3 bilion bantuan, termasuk saluran kredit AS$1 bilion untuk import penting dan pertukaran AS$400 juta.

Malah, Sri Lanka juga telah menghubungi beberapa negara termasuk Rusia untuk membincangkan pilihan import bahan api yang akan menyediakan bekalan beberapa bulan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen