"Takde pilihan, sebab dah tak mampu.." - Pengguna RON97 terpaksa 'mengalah', pilih RON95 lebih murah & jimat

Oleh: Shasha Zack

Berikutan harga RON97 yang mendadak naik harganya sehingga RM4.83 seliter, kenderaan mewah dan berprestasi tinggi kini terpaksa 'mengalah' apabila beralih kepada penggunaan RON95.

Menurut Harian Metro, beberapa stesen minyak sekitar Lembah Klang mendapati pengguna pelbagai jenis kenderaan seperti Toyota Alphard, Toyota Vellfire, Land Rover, BMW dan Mercedes-Benz memilih untuk mengisi petrol RON95 yang dijual pada harga RM2.05 seliter berbanding RON97.

14 - 20 November 2020: Harga minyak naik! | WapCar

"Saya tiada pilihan sebab tak mampu..."

Menurut Kelvin Ng, 36, seorang peniaga, akui terpaksa bertukar kepada RON95 setelah 'setia' selama 3 tahun kepada RON97 susulan peningkatan harga yang terlalu mahal dan di luar kemampuannya.

"Walaupun berat hati dan sayangkan enjin kereta bila pakai RON95 kerana kualitinya berbeza berbanding RON97, saya tiada pilihan sebab tak mampu lagi buat masa ini." 

"Bayangkan tangki berkapasiti kira-kira 60 hingga 70 liter kalau isi petrol RON97 dengan kapasiti penuh boleh mencecah kos hampir RM280 hanya untuk penggunaan seminggu dan ia sangat tidak berbaloi." 

RON97 mahal, pemilik kenderaan mewah kini pilih RON95

"Saya boleh jimat rm600-700 sebulan..."

Turut berkongsi hal sama, kontraktor, Mohd Amir Asyraf, 41,  turut bertukar kepada RON95 untuk kereta BMW dipandunya sejak bulan lalusejak RON97 naik harga.

"Bila tukar kepada RON95, saya boleh jimat RM600 hingga RM700 sebulan. Jumlah itu boleh beli barang asas dapur untuk kami sekeluarga sebulan.

"Tetapi saya akan mempertimbangkan kembali untuk menggunakan RON97 jika harganya lebih berpatutan kelak." 

"Kadar penjualan RON97 berkurangan 50%..."

Susulan ramai yang 'berhijrah' kepada penggunaan RON95, seorang pengusaha minyak di Subang Jaya yang enggan dikenali mengakui penjualan RON97 menurun sehingga 50 peratus berikutan peningkatan bahan bakar berkenaan.

"Sejak harga RON97 meningkat bermula dengan harga RM4.08 dan terbaharu RM4.83 memang kadar penjualan RON97 berkurangan.

"Ramai pelanggan memilih untuk mengisi RON95 kerana kerajaan menetapkan harga siling kepada RM2.05 seliter."

K'jaan - subsidi minyak sekarang perlu dikaji semula, mungkin dikhaskan  untuk yang perlu sahaja! | WapCar

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen