Raih 'straight' A dalam SPM, 4 subjek A+, kebijaksanaan anak Ustaz Kazim buat ramai kagum

Oleh: Shasha Zack

Semalam merupakan hari penting bagi pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menerima keputusan mereka, setelah berhempas pulas dalam pelajaran.

Salah satu yang mendapat keputusan cemerlang adalah anak perempuan kepada penceramah dan pendakwah bebas, Dato Ustaz Kazim Elias yang meraih 'straight' A dalam SPM, buat ramai kagum!.

Alhamdulillah, Tahniah Buat Anakku,

 

"Alhamdulillah syukur, tahniah anak ke-5..."

Menerusi posting di Facebook Ustaz Kazim, beliau meluahkan rasa bersyukur sekaligus bangga dengan kejayaan anaknya yang meraih keputusan cemerlang, kesemua A dan 4 subjek A+.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim turut mendedikasikan ucapan terima kasih buat para guru yang mendidik anaknya, turut menjadi salah satu faktor kejayaan puteri kesayanagan.

 

Ribuan ucapan tahniah buat anak ustaz

Melihat keputusan cemerlang, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat anak kepada Ustaz Kazim atas kejayaan luar biasa selain berjaya membanggakan kedua ibu bapanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen