"Itu urusan peribadi pemain..." -FAM ulas isu pemain di kelab malam, enggan ambil tindakan lanjut

Ekoran tular rakaman menyaksikan pemain bola sepak negara berhibur di kelab malam, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan tidak mahu mencampuri hal tersebut.

Demikian kerana beranggapan bahawa kejadian yang berlaku adalah urusan peribadi pemain, termasuk berhibur di kelab malam selepas berakhirnya kempen pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023 baru-baru ini.

 

"Video berlaku lepas perlawanan"

Kata Setiausaha Agung persatuan, Mohd Saifuddin Abu Bakar, pihaknya hanya boleh mengambil tindakan susulan sekiranya perkara terbabit berlaku sepanjang tempoh kem latihan kerana boleh menjejaskan persediaan pasukan.

"Saya rasa video itu selepas perlawanan...jadi bermakna itu personal (peribadi), kalau buat pada training camp (kem latihan) atau masa perlawanan kita akan ambil tindakan."

-Saifuddin Abu Bakar-

Netizen terkesima lihat pemain beragama Islam pun 'join'

Terdahulu, tular video beberapa pemain skuad Harimau Malaya sedang meraikan kejayaan mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023 yang dipercayai berlaku di kelab malam.

Namun begitu, apa yang menjadi perhatian dan dipersoalkan netizen apabila mendapati salah seorang pemain beragama Islam turut berada di situ sambil memegang sesuatu ditangannya.

Walaupun bukan satu kesalahan untuk meraikan kejayaan, tetapi cara mereka berbuat demikian dianggap keterlaluan dan tanpa sedar mungkin telah melanggar batas hukum Syarak, terutamanya bagi yang beragama Islam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen