"Nampak bride tak selesa..." - Kawan2 bagi hadiah kahwin tak senonoh, pasangan raja sehari terpaksa tahan malu

Oleh: Shasha Zack

Tular satu video menunjukkan satu pasangan raja sehari yang sedang bersanding di atas pelamin indah, namun dimalukan dengan kawan-kawan yang hadir dengan memberi hadiah tidak senonoh..

Dapat dilihat ramai rakan-rakan dipercayai dari pihak lelaki yang beratur menunggu giliran untuk memberi hadiah berkenaan kepada pasangan pengantin.

"Nampak pegantin perempuan tak selesa..."

Menerusi video tersebut, dapat dilihat kawan-kawan pengantin secara bergilir-gilir memberikan hadiah iaitu kondom kepada pengantin lelaki di atas pelamin ketika majlis. Walaubagaimanapun, dapat dilihat reaksi kedua mempelai masih tersenyum, namun terpaksa menahan malu di depan khalayak.

 

 

"Buat malu, kesian pengantin perempuan..."

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai yang terkejut dan menyelar tindakan rakan-rakan pengantin yang disifatkan kurang ajar dan memalukan.

Bukan itu sahaja, para netizen berpendapat tidak seharusnya ini terjadi kerana ia memalukan pihak pengantin dan pasti ramai tetamu serta keluarga menyaksikan tindakan mereka.

"Kurang ajar dekat bride.."

"Disrespectful..."

"Tak kelakar, cringe..."

"Ada budak2 kat wedding, patut bagi private..."

"Ingat lawak ka?..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen