Kanak-kanak 4 tahun kritikal, bapa saudara disyaki beri dadah

Pilu, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun berada dalam keadaan kritikal selepas mendapati di dalam tubuhnya mengandungi dadah.

Kanak-kanak 4 tahun kritikal

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun berkata, mengsa dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal dan sebaik pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan, dadah yang terdapat dalam tubuhnya adalah jenis Methampethamine.

"Siasatan mendapati kanak-kanak lelaki ini dipercayai dibawa bapa saudaranya ke suatu tempat dan belum dipastikan lagi sama ada mangsa diberikan dadah atau dibiarkan terdedah dengan bahan larangan itu sebelum memasukkannya dalam badan."

-Zaki Harun-

Bapa saudara ditahan bantu siasatan

Ekoran kejadian, bapa saudaranya berusia 30 tahun telahpun ditahan pada jam 10 malam tadi dan soal siasat telahpun dibuat ke atasnya.

"Suspek mengaku membawa anak saudaranya itu ke suatu tempat tapi menafikan ada memberinya dadah."

-Zaki Harun-

 

Sementara itu, hasil ujian saringan dibuat ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis methampine dan turut memiliki rekod lampau bersabit dadah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen