Kepada yang buat spekulasi kata saya panas baran, cerita yang sebenarnya akan keluar..." - Sharnaaz Ahmad

Oleh: Shasha Zack

Teka teki mengenai siapakah pelakon popular yang didakwa memukul pengawal keselamatan terjawab hari ini, apabila temubual bersama Sharnaaz Ahmad melalui Harian Metro dikeluarkan.

Tegas menyatakan segala yang berlaku adalah tidak benar dan hanya spekulasi orang ramai, Sharnaaz tampak tenang keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul sambil dikerumuni pihak wartawan.

"Siapa yang kata Sharnaaz panas baran, tunggu cerita yang sebenarnya ya..."

Menjawab soalan para wartawan berhubung isu panas baran, Sharnaaz menjawab, meskipun dia sinonim dengan 'tagline' tersebut, namun dia menafikan bahawa kenyataan tersebut benar dan ianya malahan bercanggah dengan sikapnya yang sebenar.

Tambah Sharnaaz, kenyataan yang dikeluarkan pihak media berhubung laporan polis mengatakan dia telah memukul pengawal keselamatan kediamannya adalah tidak benar dan kini masih dalam siasatan.

Sharnaaz Ahmad Dah Putus Dengan Azira Shafinaz?

"Pengalaman 3 hari dalam lokap, banyak pada siasatan..."

Turut menceritakan sedikit pengalaman di dalam lokap selama tempoh 3 hari direman, Sharnaaz akui semuanya dalam keadaan baik dan sepanjang tempoh itu, tiada layanan buruk diberikan pihak polis dan hanya siasatan yang dijalankan.

"Saya yakin tak salah. Saya akan buktikan pada semua, ada kebaikan yang saya buat berhubung kes ni. Yang orang tak nampak, yang orang tak tahu. Yang akan diceritakan di mahmakah nanti."

"Saya takboleh cerita panjang lagi sebab masih dalam siasatan. Saya harap jangan buat spekulasi dan terus menuduh mengatakan saya ni penjenayah. Bukan."

"Laporan mengenai saya menumbuk dan memukul tu semua langsung tidak benar."

Video) “Aku dah cakap, makin pεlik…” Buat Video Ikut Trend, Sharnaaz Ahmad  Bikin Peminat Teruja - Berita Ekspres

"Saya akan buat press conference dalam masa terdekat.

Dalam wawancara yang dirakamkan, Sharnaaz turut memberitahu bahawa dia akan mengadakan press conference dalam masa terdekat untuk membersihkan nama baiknya, dan nama baik keluarganya.

"Saya nak bersihkan nama baik saya, keluarga dan brand brand yang ada di belakang saya."

"Sebenarnya takde isu panas baran. Dan saya hanya buat apa yang saya rasa perlu. Statement yang keluar adalah statement sebelah sana. Belum baca statement saya."

Menurut Berita Harian, Sharnaaz yang direman 3 hari berhubung kes menumbuk dan memukul pengawal keselamatan telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen