Masih simpan kad raya dari Adibah Noor, wanita dedah kisah pilu 7 tahun lalu. -"Cuma arwah sudi..."

Berita pemergian pelakon, juga penyanyi berbakat Adibah Noor pada Sabtu lalu nyata memberi kesan bukan sahaja buat industri seni, bahkan juga peminatnya.

Sejak hari itu, satu persatu kisah kehidupannya terbongkar, termasuklah derita yang ditanggung arwah selama ini.

 

Kad raya Adibah Noor pengubat rindu

Mengambil perkongsian Nora Jannah yang juga merupakan antara salah seorang peminat Allahyarhamah, dia ada memuat naik sebuah video memperlihatkan sekeping kad raya daripada arwah.

 

@norajannah88

7 TAHUN DULU ADIBAH NOOR PERNAH BALAS KAT RAYA SAYA..DALAM BANYAK2 ARTIS SAYA HANTAR.HANYA KAK DIBA SEORANG SAHAJA YG BALAS..TERIMA KASIH KAK DIBA..KAU TERLALU ISTIMEWA😔😔😔..TENANGLAH DI SANA..AMIN..

♬ bunyi asal - N A 🌼

"Kau terlalu istimewa"

Meskipun sudah 7 tahun berlalu, namun kiriman kad itu masih disimpan olehnya, malah dianggap terlalu istimewa kerana cuma arwah yang sudi membalas kad pemberiannya ketika itu.

"7 tahun dahulu, Adibah Noor pernah balas kad raya saya... dalam banyak-banyak artis saya hantar, hanya kak Diba seorang sahaja yang balas."

"Terima kasih kak Diba, kau terlalu istimewa..."

"Beliau memang baik"

Bagaimanapun, siapa sangka video ringkas itu mampu membuatkan warganet ikut menangis dan sebak kerana keramahannya yang mungkin tiada pada orang lain.

 

"Terasa pemergianmu"

"Kenangan tak ternilai"

Jadi, tidak hairanlah jika namanya terus menjadi sebutan ramai meskipun sosok tubuhnya tidak lagi kelihatan selepas ini, cuma kenangan dan pemberian arwah mampu menjadi pengubat rindu.

"Moga tenang di sana kak Dib"

 

 

 

Untuk rekod, Allahyarhamah Adibah Noor telah menghembuskan nafas terakhir pada petang Sabtu.

Mengikut sumber, Adibah Noor dilaporkan mengalami kanser ovari tahap 4.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen