“Tak ada hati perut betul!” – Netizen selar lelaki hempuk batu-bata pada kucing hingga cedera

Oleh: Zuzu Yasmine

Tular sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kedai yang memaparkan tindakan kejam seorang lelaki yang didakwa sengaja membaling batu bata ke arah seekor kucing hingga mencederakan haiwan berkenaan.

Baling batu bata pada kucing.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Hawa ini turut memaklumkan bahawa lelaki berkenaan sememangnya kurang senang dengan kehadiran beberapa ekor kucing di kawasan tersebut.

“Lelaki itu memang tak puas hati dengan semua kucing yang ada dekat situ, dia umpan bagi makan kemudian cari peluang untuk bunuh.

“Dalam video ini, kucing itu tengah makan kemudian dia ternampak batu-bata dekat tepi, terus ‘hempok’ dekat kepala kucing sampai ‘menggelupor’ berdarah,” katanya.

Hawa turut berkongsi nombor pendaftaran kereta yang dipandu lelaki terbabit seperti yang dapat dikesan melalui rakaman CCTV MR.DIY, Semeling, Kedah.

@hawa.wni 😭😭😭😭 #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #foryou #fypdongggggggg ♬ Hasbi Rabbi - Khai Bahar

Buat benda sama pada kucing lain.

Pengguna TikTok berkenaan turut berkongsi dua video lain yang turut memaparkan lelaki yang sama melakukan perbuatan kejam terhadap beberapa ekor kucing di kawasan tersebut.

@hawa.wni dah masuk kereta then keluar balik? untuk apa 😭😭😭 #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #foryoupage #fypppppppppppppp #fyp ♬ Hasbi Rabbi - Khai Bahar

@hawa.wni Reply to @syarifahnajihah98 Rakaman sebelum ditempat yg sama, masa yg sama #fyp #fypage #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #foryoupage ♬ Instrument Sholawat Sedih - INDRAGE

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam akan tindakan lelaki berkenaan. Mereka turut berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu tersebut.

Cari sampai dapat

Dengan kucing pun sakit hati

Tak berhati perut

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen