"Walaupon takde A SPM, yang penting dapat laki..." - Ibu tak kecewa anak tak sambung belajar, kahwin lebih utama

Oleh: Shasha Zack

Cerita mengenai keputusan cemerlang dalam SPM masih belum terhenti. Terbaru, satu video tular menunjukkan seorang gadis yang 'tenang' ketika difahamkan dia tidak memperoleh sebarang 'A' dalam peperiksaan tersebut.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah kata-kata ibunya yang 'bangga' mengatakan walaupun anaknya itu tidak mendapat sebarang A, yang penting anaknya itu bakal mempunyai suami, buat ramai tertarik...

 

"Orang lain sambung belajar, Anak saya walaupun takde A, tapi dapat laki.."

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Susulan kenyataan ibu pemilik video, Shakiella Miezan yang mesra disapa Killa, menjelaskan sebenarnya masih belum mengambil peperiksaan SPM berkenaan dan bakal mengambilnya pada tahun hadapan.

Walaubagaimanapun, Killa berkata bakal berkahwin selepas habis SPM dan telah bertunang dengan bakal suaminya yang kini berusia 27 tahun.

"Nak ikut suami kerja, jadi assistant prop..."

Bersedia untuk kahwin pada usia muda, Killa menyatakan mungkin akan mengikut suaminya bekerja menjadi pembantu 'assistant prop'. 

 

"Ada diploma atau ijazah, nanti masuk dapur juga kan..."

Kata Killa lagi, ibunya juga bernikah muda dan bahagia selama 17 tahun bersama dengan bapanya. Berpendapat walau setinggi mana pelajaran namun wanita tetap akan ke dapur, Killa bersedia untuk bergelar isteri di usia muda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen