Anak 4 tahun ada dadah dalam badan, ibu dedah keadaan awal - "Badan pucat, seolah2 dah meninggal."

Oleh: Shasha Zack

Susulan kes seorang kanak-kanak yang kritikal kerana mempunyai kandungan dadah jenis methampethamine dalam badan, ibunya tampil membuat kenyataan.

Menurut Harian Metro, ibu mangsa 36, berkata, anaknya dibawa suspek keluar tanpa pengetahuannya pada 2 petang kelmarin dan memaklumkan cuba mencari kanak-kanak itu kerana bimbang.

"Saya tidak tahu dia (anak) dibawa keluar bapa saudaranya kerana tiada di rumah namun jam 5 petang ketika pulang, keadaan anak saya lemah dan sangkakan dia letih bermain." 

Badan anak lemah seperti meninggal dunia

Tambah ibu berkenaan, keletihan ana ketiganya yang sejak pulang nampak tidak hilang dan semakin pucat biarpun telah 3 jam pulang bersama bapa saudaranya.

Mula tak sedap hati, ibu ini menidurkan anaknya namun lebih bimbang ketika kana-kanak 4 tahun itu asyi tersentak dalam tidur.

"Tidurnya juga tidak nyenyak dan sering tersentak membuatkan saya tidak sedap hati selain wajahnya kelihatan semakin pucat.

"Saya tersedar jam 1 pagi tadi dan melihat keadaan dia (anak) semakin teruk yang mana keseluruhan tubuhnya pucat dan sangat lemah seolah sudah meninggal dunia."

"Tanpa berlengah, kami terus membawanya ke Hospital Kuala Krai dan alangkah terkejutnya apabila dimaklumkan keadaannya disebabkan dadah." 

COVID in children: Half hospitalized kids with COVID get headaches, altered  mental state | FOX31 Denver

Gambar hiasan

Sama sekali tidak menyangka hal ini akan berlaku, ibu ini menyatakan suspek sering ke rumahnya namun tidak pernah membawa mangsa keluar sebelum ini.

Katanya, dia tidak menyangka perkara ini berlaku walaupun suspek sering ke rumahnya namun tidak pernah membawa mangsa ke mana-mana sebelum ini.

Suspek  kini direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 26 Jun ini bagi membantu siasatan.

Suspek yang juga bapa saudara mangsa berusia 30 tahun ditahan jam 10 malam tadi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen