Bayar upah pekerja warga emas dengan duit palsu, reaksi sayu 'atuk' buat ramai jatuh air mata

Oleh: Shasha Zack

Tular satu video menunjukkan reaksi sayu seorang 'atuk' yang menerima upah bekerja menebang tebu dengan duit palsu.

Menerusi video yang dikongsi, warga emas tersebut dipercayai ditipu oleh majikannya yang disifatkan sebagai kejam, menganiaya orang tua yang sudah tidak berdaya.

Pura2 ketawa bila tahu duit palsu, buat ramai menangis...

Lebih menyayat hati, 'atuk' berkenaan menutup kekecewaaannya dengan ketawa, buat ramai menangis melihat peristiwa ini. Kejadian yang dipercayai berlaku di Lampung Indonesia ini buat ramai turut mengecam tindakan majikan yang kejam ini.

"Ya Allah kesian sangat, dibagi duit mainan (palsu). Sudah susah-susah kerja tebang tebu. Tetapi ditipu."

 

@erikaa_131198 mbah nya yg sabar ya....semoga orangnya segera diberi hidayah😌😭😭 #KeepKalem #MakeNightsEpic#fyp#fypdongggggggg ♬ suara asli - gabutuh_FYP

Reaksi netizen

Di ruangan komen, rata-rata netizen bengang dan marah dengan tindakan majikan berhati kejam ini malahan ramai yang suruh melaporkan hal ini kepada pihak polis.

Majikan kata tak sengaja!!!

Terbaru, kes tersebut dipercayai sudah selesai dan majikan berkenaan menjelaskan duit mainan tersebut merupakan milik anaknya sebelum dia menggantikan duit yang baru bernilai 470,000 rupiah (anggaran RM139.39).

 

@erikaa_131198 Balas @oddliaaa info terkini kak🙏terimakasih untuk semua doa..dan bantuannya...#KeepKalem ♬ suara asli - gabutuh_FYP

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen