Dengki niaga barang sama? Remaja cedera ditikam guna kunci kereta

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman yang memaparkan seorang gadis berlumurah darah selepas dikatakan bergelut sebelum dileraikan oleh seorang lelaki.

Dalam video yang tular itu, dapat dilihat kening mangsa berlumuran darah dipercayai akibat terkena kunci kereta ketika bergelut dengan suspek berbaju hitam.

Difahamkan, kejadian itu berlaku gara-gara rasa tidak berpuas hati berhubung isu perniagaan menyebabkan seorang remaja perempuan telah diserang seorang wanita yang bersenjatakan kunci kereta berhampiran gerai mainan di Pantai Merdeka, Kedah.

Memetik laporan Harian Metro, dalam kejadian jam 6.22 petang itu telah menyebabkan mangsa berusia 18 tahun yang tidak berkerja itu mengalami kecederaan di kening kanan dipercayai selepas ditikam kunci kereta.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan mendapati ketika kejadian mangsa berada di gerai kakaknya sebelum diserang suspek.

"Berlaku pertengkaran dan pergelutan antara mereka berdua sebelum dileraikan orang ramai.

"Susulan itu, mangsa yang mengalami kecederaan di kening akibat terkena kunci kereta membuat laporan polis berhubung kejadian itu," katanya.

@nurshafiqahramlii Semoga urusan adik ni dipermudahkanšŸ¤²#pantai merdeka#viral#fyp ā™¬ som original - Lucas Rigoni

Jelasnya, suspek yang berusia 29 tahun dan bekerja sebagai operator kilang ditahan untuk siasatan lanjut.

"Setakat ini, siasatan awal mendapati punca kejadian dikatakan berlaku kerana suspek tidak berpuas hati dengan keluarga mangsa berhubung perniagaan.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan dan mangsa sudah mendapatkan rawatan di hospital," katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen