Rahsiakan sakit hingga akhir hayat, Ustaz Kazim akui malu dengan arwah Adibah Noor

Tak dinafikan bahawa berita pemergian Adibah Noor sangat memberi tamparan hebat buat semua orang.

Lebih terkejut apabila dimaklumkan rupanya arwah telah sekian lama menanggung derita kanser ovari.

Terkesan cara arwah Adibah Noor sembunyikan sakit

Mengenangkan tindakan arwah yang merahsiakan sakit ditanggung hingga akhir hayatnya membuatkan Ustaz Kazim berasa malu atas kesabaran artis itu.

"Kita kenal Adibah Noor seorang yang sihat selama ini apabila melihat di kaca televisyen. Tiba-tiba sahaja dia menjadi kurus sebelum meninggal dunia."

"Rasa satu tamparan buat saya, saya malu dengan Allah dan dengan arwah sebab dia sakit tidak ada seorang pun yang  tahu. Jika ada pun (orang tahu) arwah minta supaya tidak ceritaklan kepada orang lain."

-Kazim Elias-

"Berbeza dengan saya..."

Menurut penceramah bebas itu, tindakah arwah Adibah merahsiakan tentang sakitnya itu sebagai satu pengajaran buat semua pihak untuk lebih bersikap sabar, sesuatu yang dituntut dalam Islam.

"Berbeza dengan saya...satu dunia tahu saya sakit. Saya belum jatuh tahap orang yang sabar seperti Adibah. Dia senyap dan tutup mulut. Dia merahsiakan tahap kesihatannya selama ini."

"Ini satu pengajaran buat saya supaya menjadi sabar. Sakit itu kita simpan sebagai rahsia. Jika arwah boleh buat begitu kenapa kita tidak?"

-Kazim Elias-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen