Tak serik digigit nyamuk, kulit terbakar, awek 'mat saleh' kata seronok bercuti di Malaysia

Umum sedia tahu bahawa Malaysia merupakan antara negara yang menjadi tumpuan rakyat luar, baik bagi tujuan melancong mahupun bekerja.

Melihat keindahan serta keunikannya tersendiri, tak dinafikan bahawa mereka akan 'jatuh cinta' dengan negara ini dan sebagai rakyat Malaysia seharusnya kita berbangga akan perkara itu. 

Percutian di Malaysia penuh cabaran

Mengamati perkongsian Victoria Serggeva, menyaksikan kisah percutiannya di Malaysia selama beberapa hari.

 

@victoria_sserg Malaysia is an outstanding country! And all these “problems” couldn’t ruin my impression of it! Happy to be here 🇲🇾 #malaysiatravel #travelblog #traveltiktok #travellingmalaysia #kualalumpur #penangmalaysia #georgetownpenang #emotionaldamage ♬ Emotional Damage vs Pompeii - WILLIAM LI

 

Sejuk sangat pun boleh demam

Dia akui seronok sepanjang berada di sini, namun siapa sangka ada beberapa insiden menimpanya sewaktu percutiannya itu, bilamana dia mengalami alergi kerana gigitan nyamuk, kulitnya 'terbakar' kerana cuacanya yang terik selain mengalami demam dan selsema disebabkan oleh penghawa dingin.

Bukan itu sahaja, dia juga dikejarkan ke hospital kerana mengalami masalah perut selepas menikmati aneka makanan pedas sepanjang percutiannya di sini.

"Jahat tak kalau gelak?"

Secara tak sedar, perkongsiannya menjadi perhatian warganet selain memenuhi ruangan komen dengan pelbagai respon yang mana rata-ratanya terhibur dengan perkongsian Victoria.

'Nampak menyedihkan tapi seronok"

"Imunisasi rakyat Malaysia kuat"

"Aku tak bolehlah dia kata selsema sebab aircond"

Pun begitu, ada juga yang tidak menyangka bahawa dia mengalami kejutan cuaca sehingga menyebabkan demam.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen