'First time' peraturan Piala Dunia ketat? Qatar larang hubungan seks bebas dan parti di negaranya

Sebelum menjelang Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung di Qatar, negara itu memberi amaran kepada penyokong mengenai larangan hubungan seks.

Qatar larang seks di Piala Dunia 2022

Menurut polis Daily Star, penguatkuasaan larangan ketat itu tanpa pengecualian kepada mereka yang menyaksikan kemeriahan Piala Dunia.

"Seks bebas tidak dibenarkan di kejohanan itu kecuali jika anda pasangan suami isteri. Juga tidak akan ada parti. Semua orang perlu mematuhi arahan jika tidak mahu dipenjara tujuh tahun."

"Ini adalah larangan seks ditetapkan buat kali pertama di Piala Dunia. Penyokong perlu bersiap sedia."

-Polis-

Bimbang peminat naik bendera LGBT

Difahamkan, amaran itu dibuat selepas seorang pegawai kanan mendakwa peminat mungkin mempunyai bendera pelangi, melambangkan pergerakan hak gay.

Pengerusi Jawatankuasa Counterterrorism Kebangsaan Qatar, Mejar Jeneral Abdul Aziz Abdullah Al Ansari berkata, jika ada peminat menaikkan bendera pelangi pihaknya akan merampas, namun dia tidak dapat menjamin perbuatan semua orang.

"Jika bukan saya, orang di sekelilingnya mungkin akan menyerang (dia). Saya tidak dapat menjamin kelakuan semua orang."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen