Tak cukup duit nak kahwini janda idaman, lelaki tekad telan racun tikus atas kubur isteri

Oleh: Zuzu Yasmine

Hasrat bergelar pengantin baru kali kedua tidak kesampaian apabila seorang lelaki ditemuai maut dipercayai menelan racun tikus di atas kubur arwah isterinya.

Menerusi laporan Detik News, lelaki berkenaan dikenali sebagai Andri Budi Santoso merupakan seorang duda selepas isterinya meninggal dunia akibat Covid-19 pada 20 Julai lalu.

Mangsa dikatakan bekerja sebagai penjual kasut malah menyimpan hasrat untuk mengahwini seorang janda pada 3 Julai 2022.

Menurut anak mangsa yang mahu dikenali sebagai Bima memaklumkan bahawa bapanya berkemungkinan mempunyai masalah kewangan berikutan pengantin perempuan meminta Rp 17 juta (Rm5,040).

“Buntu kerana tidak mempunyai wang. Wang yang ada pula akan digunakan untuk modal perniagaan. Pihak perempuan pula sudah mendesak untuk membuat majlis besar-besaran dengan meminta wang yang banyak.”

Bima turut memaklumkan lelaki berusia 46 tahun itu menunjukkan sikap berbeza dengan menjadi lebih pendiam namun enggan berkongsi masalah yang dihadapinya pada anak-anak.

Katanya lagi, mereka adik beradik mengtahui akan masalah kewangan yang dihadapi bapanya namun tidak sangka hal tersebut membuatkan bapanya tekad membunuh diri.

Namun, apa yang menyentuh hati apabila mangsa sempat mengucap selamat tinggal kepada anak-anaknya dan menziarahi bakal isterinya pada Isnin lalu.

Mangsa juga sempat pulang ke rumah sebelum menukar pakaian namun tidak mengucapkan selamat tinggal sebelum ditemui meninggal dunia di atas kubur arwah isterinya.

Menurut penjaga tanah perkuburan itu, dia melihat mangsa sekitar 5 petang namun kira-kira 30 minit kemudian, dia  kembali ke kawasan tanah perkuburan untuk menghidupkan lampu di situ dan mendapati bahawa mangsa sudah pun meninggal dunia di atas kubur isterinya.

Sementara itu, hasil siasatan mendapati terdapat satu paket ubat nyamuk, dua bungkus bekas racun tikus, gunting, selipar serta bekas muntah mangsa di kawasan kejadian.

Pihak polis mengesahka kematian mangsa berpunca daripada meminum racun tikus bercampur racun serangga di kubur isterinya sekaligus beranggapan bahawa mangsa telah membunuh diri akibat terdesak untuk mencari duit bagi membiayai perkahwinannya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen