"Ia negatif dari sebarang bakteria.." - Penyakit misteri Ustaz Kazim semakin pulih

Oleh: Shasha Zack

Sebelum ini, tular mengenai penyakit misteri yang dihidapi pendakwah bebas, Dato' Ustaz Kazim Elias, apabila beberapa anggota tubuhnya mengalami luka dan pendarahan yang teruk.

Terbaru, menurut Harian Metro, Ustaz Kazim memaklumkan bahawa beliau telah selesai menjalani rawatan di salah sebuah hospital di Serdang dengan kerjasama dari Institut Penyelidikan Penyakit (IMR) berhubung penyakit misteri yang dihidapinya.

Ustaz Kazim dedah sebulan tak boleh kencing, keluar jarum dari perut ketika  mandi | Astro Awani 

"Ia negatif daripada sebarang bakteria, virus, ‘scabies’ dan juga parasit..."

Kata Ustaz Kazim, hasil ujian terhadap sampel kulitnya, laporan IMR mendapati tiada sebarnag jangkitan atau virus.

"Saya baru menjalani rawatan di salah sebuah hospital di Serdang dan mendapat kerjasama daripada pegawai di Institut Penyelidikan Penyakit (IMR). Saya juga dah dapat keputusan darah dan berkenaan dengan sakit saya baru ini."

Malahan, pihak IMR turut mengambil sampel kulitnya dan disahkan tiada bakteria atau virus yang terkandung di kulitnya. Walaubagaimanapun,keputusan penuh masih ditunggu dari pihak hospital.

"Pihak IMR sudah mengeluarkan laporan tentang kulit saya dan ia negatif daripada sebarang bakteria, virus, ‘scabies’ dan juga parasit. Jadi, saya tengah tunggu keputusan biopsi yang dilakukan oleh pihak hospital."

VIDEO]Sebulan tak boleh kencing, keluar jarum dari perut, Ustaz Kazim buang  'makeup', kongsi keadaan sebenar di live TV | Sinar Harian

"Kulit sekarang dah kering, nampak banyak perubahan..."

Susulan rawatan yang dijalankan menunjukkan hasil positif, Ustaz Kazim meluahkan rasa syukur kerana luka pada kulitnya difahamkan sudah semakin baik secara perlahan-lahan.

"Kulit saya sekarang dah kering, luka-luka dah kering cuma meninggalkan parut saja. Daripada sebelum ini dah nampak banyak perubahan. Kalau dulu tiba-tiba keluar darah daripada badan, sekarang alhamdulillah nampak baik dan tak ada lagi dah darah yang keluar."

Ujar Ustaz Kazim, beliau turut berbesar hati dengan kesembuhan yang kian ketara, membolehkan dirinya aktif dalam bidang dakwah dan memenuhi jemputan dari pihak televisyen.

Showbiz: Ustaz Kazim Elias to star in own biopic

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen