Niat nak tunjuk hebat, lelaki rebah sesak nafas gara2 'kalung' ular sawa kat leher lepas ditangkap

Oleh: Shasha Zack

Konon nak tunjuk berani, seorang lelaki hampir meninggal dunia apabila ular sawa yang sengaja dililitkan ke lehernya, melilitnya hingga rebah ke tanah.

Difahamkan, lelaki berkenaan berjaya menangkap seekor ular sawa yang 'menceroboh' ke rumahnya dan sengaja melilitkan ular pemangsa itu ke leher.

Cuba leraikan berkali2 sebelum jatuh ke tanah...

Perkongsian memomedsos di Instagram menunjukkan lelaki tersebut yang melilit ular sawa berkenaan ke lehernya sebaik sahaja dia berjaya menangkapnya,

Walaubagaimanapun, tiba-tiba ular sawa berkenaan difahamkan telah melilit lehernya dengan kuat hingga dia terhuyung-hayang, rebah ke tanah akibat sesak nafas dan hampir mati.

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

A post shared by memomedsos (@memomedsos)

Makcik menjerit ketakutan

Suaana menjadi lebih tegang ketika seorang wanita yang dipercayai saudara lelaki berkenaan menjerit histeria ketika melihat lelaki tersebut rebah.

 

Kemudian, seorang wanita lain pula keluar dan memberanikan diri untuk menghalau ular sawa berkenaan menggunakan kain putih.

Gagal menghalau ular sawa berkenaan, wanita itu kemudian menjerit meminta pertolongan orang lain.

Dibantu seorang lelaki

Tidak lama selepas itu, datang pula seorang lelaki membantu menguraikan lilitan ular dan akhirnya berjaya. Mangsa yang rebah akhirnya berjaya bangun dan menangkap smeula ular sawa berkenaan demi keselamatan penduduk lain.

Selepas itu seorang lelaki datang untuk membantu dan akhirnya lilitan ular tersebut berjaya dilepaskan. Mangsa yang rebah juga telah sedar dan bertindak menangkap ular berkenaan agar tidak membahayakan penduduk lain.

 

"Ular tu memang tak berbisa, tapi lilitannya boleh bawa maut..."

Menjengah ke ruangan komen, para netizen meluahkan rasa terkejut denga keberanian tidak bertempat lelaki tersebut yang akhirnya memakan diri hingga hampir mebawa maut...

"Muka dah pucat, ular tu memang melilit..."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen