“Pengotor punya tukang masak!” – Netizen jijik & loya lihat dapur kedai makan kotor

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai seorang pengguna, biasanya kita akan memilih untuk makan di kedai yang bersih dan juga lazat, namun boleh jadi hanya di luaran sahaja kelihatan kemas namun di dalam pula sebaliknya.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial ketika ini akan sekeping foto yang memaparkan keadaan sebuah dapur yang kotor dipercayai milik sebuah kedai menjadi perbualan ramai.

Menerusi gambar yang dimuat naik oleh laman Facebook JJCMKedah itu dapat dilihat persekitaran dapur yang tidak terurus selain dipenuhi sampah.

Bukan itu sahaja, barang makanan yang diletakkan merata serta tidak bertutup mengudang loya ramai.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan gambar tersebut diambil di mana namun pengguna Facebook itu hanya memberi kredit kepada netizen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa loya melihat gambar berkenaan.

Bahkan, mereka juga berpendapat bahawa dapur berkenaan milik restoran bukan milik orang Melayu.

Dasyat betul kedai ni

Terlalu laku ni

Bukan kedia Melayu ni

Kedai tak bagi tengok dapur

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen