Dulu minyak paket, kini minyak masak dalam botol pula dihadkan. -"Sorang boleh beli 3 je..."

Akhir-akhir ini, isu yang menjadi bualan rakyat adalah berkenaan dengan subsidi minyak masak serta peningkatan harga barangan yang bakal bermula 1 Julai nanti.

Jelas sekali ia menjadi kebimbangan, terutamanya bagi golongan B40.

Terbaharu, Harian Metro melaporkan bahawa kini kebanyakan pasar raya di Lembah Klang mengehadkan pembelian tiga botol minyak masak botol setiap kilogram bagi satu keluarga.

Pasar raya hadkan pembelian minyak masak

Hasil tinjauan pihaknya ke pasar raya di Ampang, pengurusan di situ meminta agar stafnya memantau pelanggan di bahagian minyak masak bagi mengelak pembelian melebihi had.

"Kami dimaklumkan dan pengurusan juga menerima arahan daripada kementerian (KPDHNEP) dan mengelak pembelian panik."

"Setakat ini semua pelanggan akur dengan arahan dan hanya membeli dalam kuantiti dihadkan."

Bagaimanapun, dia berkata bahawa setakat ini stok minyak masak itu sentiasa ada dan tidak putus.

Memastikan kelangsungan stok di pasaran

Untuk makluman, tujuan mengehadkan minyak adalah bagi memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran akan lebih stabil dalam jangka masa panjang.

Berkenaan dengan memansuhkan subsidi minyak tulen botol pula kerana berlaku penyelewengan dalam kalangan pihak industri, komersial dan ia juga lebih mudah untuk diseludup.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen