Pemilik kecoh dakwa motor dicuri, rupanya kena ‘angkut’ sebab tak bayar

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, kecoh seorang pengguna Facebook meminta bantuan orang ramai agar mencari motosikal miliknya yang dipercayai telah dicuri oleh individu tidak dikenali.

“Assalamualikum minta jasa baik kawan-kawan tolong cari si penyamun. No plat LC135 V6 JRX 1874. Kejadian pukul 1:30 petang area Seri Alam, Masai Jalan Tanjung Kampung Masjid Masai,” posting Facebook tersebut.

 

Turut tular juga rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkann aksi dua lelaki didakwa mencuri motosikal berkenaan di Kampung Masjid Masai, Seri Alam, Johor sekitar jam 1.30 petang.

@utusantvofficial Pemilik tak bayar ansuran bulan, kata polis. #TrendingNewsMalaysia #fyp #beritaditiktok ♬ Paris - Else

Difahamkanm 'posting' pemilik motorsikal berkenaan telah pun dipadam dari media sosial.

Dalam video berdurasi 32 saat itu, dapat dilihat dua lelaki mengangkat motosikal berkenaan dan memasukkan ke dalam sebuah kenderaan yang dipercayai milik mereka.

 

Bagaimanapun, apa yang mengejutkan ramai adalah kejadian tersebut bukan berlaku seperti yang dikecohkan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak menyangkal dakwaan tersebut sebaliknya mneyatakan bahawa motosikal berkenaan telah ditarik kerana gagal membayar tunggakan ansuran bulanan.

“Dua lelaki di dalam rakaman tersebut merupakan wakil sebuah syarikat kredit,” katanya.

Jelasnya, wakil syarikat kredit terbabit telah tampil membuat laporan polis di Balai Polis Taman Jaya.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen