"Seronok eh jadi cikgu boleh tepuk2 muka anak orang..." - Ibu bersemuka dengan guru, anak pula trauma nak ke sekolah

Oleh: Shasha Zack

Tular satu kes melibatkan seorang guru yang dipercayai telah menepuk dan memukul seorang anak murid darjah 3 hingga ibu kanak-kanak berkenaan naik hantu dan bertindak bersemuka dengan guru berkenaan.

Tidak puas hati anaknya 'disentuh' di bahagian muka, Siti Naila, 33 kecewa dengan tindakan guru berkenaan yang mengakibatkan trauma dan tekanan pada anaknya.

@muhamadalmie Cikgu Biadap Hempok Muka Anak Darjah 3 Guna Buku...ApaTindakan Korang Anak Sendiri Kena Mcm ni..!!! #fyp #viral #takpasal2kenahempok ♬ bunyi asal - Mr Almie

"Anak saya tak nak makan, balik dari sekolah terus tidur..."

Menerusi sumber mStar, Naila menceritakan detik kemurungan anaknya selepas dihukum hingga pulang sekolah dalam keadaan lesu dan tidak mahu makan lantas tidur hingga lewat malam.

Tambah Naila, tujuan dia ke sekolah hanya inginkan penjelasan atas apa yang berlaku dan turut akui kesilapan terkasar bahasa susulan dirinya orang Melaka yang terbiasa bercakap sedemikian.

"Macam mana kalau terkena telinga, boleh jejaskan pendengaran anak saya..."

Kata Naila lagi, guru berkenaan yang memukul di bahagian muka dikhuatiri boleh menjejaskan pendengaran anaknya.

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Pernah suruh cuci 6 tandas...

"Mak jelah mengajar kat sekolah..."

"Pernah kena tampar dengan cigu sampai bengkak pipi..."

"Nak backup anak tak slaah, tapi pastikan anak tak buat salah..."

"Mak aku cikgu pencen, dia kata macam mana degil pon budak tu jangan sentuh muka..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen