Beto, Syamsul bengang ada individu 'relaks' rakam, sebar babak Mat Kilau - "Delete sekarang sebelum disaman!"

Oleh: Shasha Zack

Sejak tayangan filem Mat Kilau semalam, ramai yang memberi sokongan dengan menonton filem berkenaan siap lengkap berbusana tradisional seiring menghargai karya arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Walaubagaimanapun, salah seorang pelakon hebat, Beto Kusyairi meluahkan rasa bengang terhadap sikap beberapa individu yang selamba merakam babak filem lakonannya itu dan dimuat naik ke media sosial, Tiktok.

Mat Kilau (2022)

Menerusi posting di Facebook miliknya, Beto mencoret rasa geram atas tindakan individu yang menyebar babak dalam filem Mat Kilau, dan tanpa rasa bersalah siap menge'tag' akaun Tiktoknya menerusi rakaman secara 'haram' itu.

"Delete now sebelum terlambat..."

Hal ini sekaligus menari perhatian pengarah filem itu sendiri, Syamsul Yusof yang kecewa dan mengarahkan beberapa individu yang terlibat dalam rakaman secara haram, untuk memadam kandungan video mereka.

Masih memberi peluang, Syamsul bagaimanapun memberi masa buat mereka yang terlibat untuk memadam rakaman sebelum tindakan dikenakan kerana tidak mahu peristiwa saman-menyaman seperti filem Munafik 2 berulang lagi.

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

"Ni lah masalah besar dalam industri filem Malaysia..."

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

"Dapat tahu sapa punya kerja tu saman je bang..."

Perkongsian dari Beto dan Syamsul menerima pelbagai reaksi netizen yang mana turut kecewa malahan menggesa agar tindakan diambil supaya dijadikan pengajaran agar hal ini tidak berulang.

"Tak menghargai penat lelah pengawah & pelakon..."

"Spoil betul la kalau jenis rakam untuk content..."

"Taksabar nak tengok, jangan spoil la..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen