Tunggu dari pukul 6 pagi, minyak masak paket terus habis dijual, siap ada yang pakai orang dalam

Oleh: Shasha Zack

Pasaraya di Kuching dikatakan diserbu orang ramai yang mencari bekalan minyak masak paket seawal jam 6 pagi!.

Menurut Harian Metro, bberapa pasar raya utama dipenuhi orang ramai yang mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk mendapatkan minyak masak paket.

Subsidi minyak masak peket 1kg kekal, kata PM

Gambar hiasan

"Pukul 6 pagi rupanya dah ramai tunggu..."

Malahan, ada yang sanggup memasang 'orang dalam' dalam kalangan pekerja pasar raya untuk mendapatkan minyak masak paket, risau tidak mendapat bahagian.

Menerusi seorang pengguna dikenali sebagai Dayang, ketika dia mendapat maklumat minyak masak paket sudah 'mendarat', dia segera ke pasar raya berdekatan untuk membeli.

"Sebaik sampai di pasar raya itu pada jam 6 pagi, rupa-rupanya sudah ramai yang menunggu."

"Semuanya mahu mendapatkan minyak masak dalam paket kerana ada maklumat mengatakan bekalan baharu akan sampai hari ini."

Pengguna sukar dapat minyak masak peket

Gambar hiasan

Beberapa jam tunggu, baru dpaat 3 paket minyak...

Setelah menunggu selama beberapa jam, akhirnya rezeki berpihak kepada Dayang ketika dia dapat membeli 3 paket minyak masak.

"Syukurlah walaupun hanya dapat tiga paket kerana itu jumlah yang dihadkan untuk setiap pembeli."

Tinjauan di sebuah lagi pasar raya di Batu Kawa pada jam 10 pagi pula mendapati, bekalan minyak masak yang dijual pada harga RM2.50 sepaket itu sudah habis.

Kata pekerja di pasar raya itu, belum satu jam minyak masak disusun atas rak, ianya sudah habis dibeli orang ramai yang berpusu-pusu mendapatkan barangan tersebut.

Kekurangan minyak peket kritikal, dijual RM2.90 sekilogram - Utusan Digital

Gambar hiasan

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen