Cemburu kekasih berbual dengan junior, 10 pelajar ditahan cederakan pelajar tingkatan 2 guna seterika

Oleh: Zuzu Yasmine

Dek kerana cemburu dengan pelajar junior, 10 pelajar dikatakan telah bertindak membuli dan mencederakan seorang pelajar lelaki tingkatan dua di sebuah asrama sekolah menangah, Khamis lalu.

 

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, 10 suspek yang ditahan itu berusia 16 hingga 17 tahun dan direman selama empat hari bermula semalam hingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148/326 Kanun Keseksaan.

Katanya, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada 9.40 malam, Khamis lalu.

Berkongsi lebih lanjut, mangsa dikatakan telah dibuli oleh 10 pelajar senior antara jam 12.30 tengah malam hingga 1 pagi sebelum laporan polis dibuat pada 9.40 malam pada hari yang sama.

"Seorang suspek membawa mangsa ke bilik asramanya dan kemudiannya memukul mangsa secara beramai-ramai dan mencederakannya menggunakan seterika panas pada badannya.

"Mangsa kemudian menghubungi ibunya dan mengadu sakit di pinggang sebelum ibunya membawa mangsa ke hospital," ujarnya.

 

Jelasnya, siasatan awal mendapati kejadian berpunca akibat cemburu selepas pelajar junior itu berbual dengan seorang pelajar perempuan yang juga teman wanita kepada salah seorang suspek.

"Semua suspek ditahan pada 11.20 malam pada hari sama dan direman bagi membantu siasatan. Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Teluk Intan dan berada dalam keadaan stabil," katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu bagi mengelakkan kegusaran dan kekeliruan masyarakat.

"Ia juga dibimbangi akan mengganggu siasatan polis. Masyarakat juga dinasihatkan supaya tidak menularkan maklumat tidak sahih dan disaran membuat laporan dan aduan di balai polis berhampiran," katanya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen