Kantoi berkhalwat dengan bekas isteri, lelaki maut terjun tingkat 4 elak ditangkap suami

Cubaan lelaki untuk melarikan diri selepas kantoi berkhalwat dengan isteri orang bertemu kegagalan selepas dia ditemui maut terjatuh dari tingkat empat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.47 pagi (Ahad), mangsa berusia 46 tahun itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Kantoi bermalam di rumah bekas isteri

Menurut Ketua Polis Daerah Jasin iaitu Deputi Superitendan Mispani Hamdan, saksi iaitu kekasih kepada si mati mendakwa lelaki itu datang ke rumahnya selepas jam 12 tengah malam (Sabtu) selepas suaminya keluar dan bermalam di situ bersama tiga anak wanita berkenaan.

Katanya, pada pukul 10.30 pagi Ahad, semasa pasangan itu berada di ruang tamu, tiba-tiba suami saksi pulang ke rumah lantas menyedari kehadiran si mati.

"Suami saksi mengunci pintu gril hadapan rumah menyebabkan pasangan itu terperangkap dan dia menghubungi polis."

"Saksi meminta si mati berunding dengan suaminya, namun lelaki itu nekad melarikan diri dengan mengikat seutas dawai ampaian di besi palang untuk berpaut turun."

-Mispani Hamdan-

Menerusi pemeriksaan fizikal ke atas mayat, didapati terdapat kesan tanah dan darah di bahagian muka yang dipercayai dia terjatuh dalam keadaan terhempap, malah lengan kiri mangsa juga patah.

Dah berpisah 4 tahun lalu

Untuk rekod, saksi adalah bekas isteri kepada si mati dan difahamkan mereka telah berpisah pada 2017.

Namun begitu, dia mencari semula saksi untuk menjalinkan semula hubungan walaupun mengetahui saksi telah berkahwin dan perbuatan itu dilakukan oleh mereka adalah secara sembunyi, yakni tanpa pengetahuan suami saksi.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen