Tiba2 buah kelapa meluru hentam kepala, wanita pembonceng motosikal tergolek atas jalan raya

Oleh: Shasha Zack

Tular satu video tragis menunjukkan seorang pembonceng motosikal yang tiba-tiba jatuh ke atas jalan raya gara-gara dihempap buah kelapa.

Tidak dinyatakan lokasi kejadian, pembonceng wanita itu terus rebah sebaik sahaja buah kelapa luruh mengenai kepalanya.

Tengah atas motor tiba2 buah kelapa jatuh

Prkongsian Facebook Penang Kini menunjukkan sebuah motosikal dinaiki dua wanita tiba-tiba mengalami kemalangan dan pembonceng terus rebah ke tanah.

Ketika melihat rakaman, rupaya buah kelapa terus jatuh dari atas pokok hingga menghentak kepala pembonceng, buat ramai seriau!

 

"Impak kuat dari atas tu..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen simpati malahan terkejut dengan insiden yang sangat membahayakan nyawa ini. Dalam pada itu, para netizen juga berharap kes ini diambil serius dan pokok kelapa tersebut segera ditebang.

"Tolong jangan pakai helmet setengah..."

"Pokok2 kelapa tepi jalan patut dibuang..."

"Kesian nasib ada helmet, moga selamat semuanya..."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen