"Saya yakin rakan2 menteri semua fikirkan rakyat..." - Menteri & timbalan menteri sedia gaji dipotong

Oleh: Shasha Zack

Menerusi Malay Mail, dua menteri dan dua timbalan menteri bersedia untuk dipotong gaji dan elaun mereka susulan kenaikan harga barang yang berlaku hingga menimbulkan rasa tak puas hati rakyat Malaysia.

Menurut Sinar, mereka ialah Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin; dan Timbalan Menteri Perpaduan Negara Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal.

Genap 100 hari Ismail Sabri jadi PM, harga barang pun naik juga - Agenda  Daily

“Jika semua orang berada di atas kapal, saya berada di atas kapal..."

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau menyatakan persetujuan itu demi menunjukkan empati kepada rakyat Malaysia yang bergelut dengan peningkatan kos sara hidup.

“Jika semua orang berada di atas kapal, saya berada di atas kapal. Apa yang penting ialah semua orang berada pada halaman yang sama.” 

Tambah Nanta, beliau berlapang dada sekiranya kerajaan memutuskan untuk memotong gaji dan elaunnya untuk mengurangkan perbelanjaan awam.

“Selama 27 bulan saya memegang jawatan [sejak Mac 2020], menteri dan timbalan menteri telah melalui fasa di mana mereka tidak mempunyai gaji selama lima bulan.” 

Bagi timbalan menteri Mas Ermieyati pula, pemotongan gaji telah berlaku sebelum ini dan hal ini bukanlah yang pertama kali.

Barang Naik Harga? Ini yang Anda Kena Tahu | Bjak Malaysia

Malahan, beliau turut menegaskan semasa PKP, para menteri tidak menerima 3 bulan gaji mereka dan menyalurkannya sebagai bantuan kepada yang memerlukan.

“Saya yakin rakan-rakan menteri saya yang lain juga merasakan perkara yang sama, dan mereka tidak akan keberatan mengenainya kerana mereka semua memikirkan rakyat.”

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri juga menyatakan tiada masalah bagi kerajaan mengarahkan pemotongan gaji menteri.

“Tanya Menteri Kewangan kerana beliau tahu keadaan sebenar dana negara. Ia lebih mudah untuk dia menjelaskan berbanding saya.”

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed memberitahu Sinar bahawa beliau bersetuju dengan cadangan Rafidah.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen