Remaja 18 tahun pukul ibu guna batu hingga mati, badan penuh lebam & berlumuran darah

Oleh: Shasha Zack

Pukul ibu dengan batu berkali-kali sehingga berlumuran darah, remaja lelaki berusia 18 tahun berjaya ditahan pihak polis.

Kejadian yang berlaku di  Langkat, Desa Paya Bengkuang, Medan, Indonesia terbongkar selepas seorang jiran menemui mayat mangsa berusia 54 tahun itu terbaring kaku.

Banyak kesan lebam seluruh badan

Jiran yang terkejut segera berlari memanggil penduduk berdekatan dan terus melaporkan kejadian tragis itu kepada pihak polis dan ketua kampung.

Menurut Tribunnews, hasil siasatan mendapati mangsa meninggal dunia berpunca dari objek tumpul (batu) yang dipukul berulang kali. 

Malah, semasa pemeriksaan mayat, terdapat kesan lebam hampir di seluruh badannya.

Remaja pukul ibu, sebenarnya anak baik, disahkan bebas dadah -  Sarawakvoice.com

Gambar hiasan

Suspek disyaki alami gangguan mental

Suspek akhirnya berjaya ditahan di kawasan Gebang dan hasil siasatan mendapati kemungkinan mengalami gangguan mental.

“Kami masih melakukan ujian psikologi terlebih dahulu kerana dia disyaki mengalami gangguan mental.” 

Namun, sehingga kini polis masih meneliti tingkah laku suspek untuk mengesahkan perkara ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen