Bidan kata bayi malas gerak, ibu tak sedap hati terus ke hospital, rupanya meninggal dalam perut

Dalam pada menunggu waktu ingin bersalin, para ibu pastinya sudah diberi pendedahan awal oleh doktor atau jururawat tentang cara penjagaan kandungan untuk diamalkan sepanjang tempoh mengandung.

Namun, tak dinafikan segelintir kaum wanita di luar sana lebih mempercayai cara penjagaan tradisional, termasuklah menjadikan bidan sebagai rujukan bagi menggantikan tugas doktor moden.

 

Wanita trauma dengan bidan

Misalnya seperti yang dilakukan oleh wanita ini, namun siapa sangka kandungannya tidak bertahan lama selepas dia disahkan keguguran.

 

@adinda.frmll Bu bidannya bikin trauma😭💔💔 #iufd #pejuanggarisdua ♬ happier than ever by billie eilish - rawan❕.

 

Tak sedap hati bidan kata kandungan okey

Berkongsi kronologi ringkas, dia memberitahu bahawa anak dalam kandungannya tidak bergerak, tetapi bidan menidakkan tanggapan wanita berkenaan dengan memaklumkan anaknya mungkin malas untuk bergerak.

Namun begitu, naluri seorang ibu membuatkan dia nekad untuk ke hospital bagi memeriksa kandungan dan ternyata bayinya berada dalam keadaan sangat lemah dan akhirnya meninggal dunia.

 

"Rajinkan diri periksa kandungan"

Mengenangkan penyesalan yang ditanggung wanita itu membuatkan ramai kaum ibu di luar sana menasihatinya agar selepas ini lebih berhati-hati dan peka, terutamanya terhadap penjagaan kandungan.

 

"Selalunya misi akan ingatkan"

"Bukan bidan yang salah"

Pun begitu, tak kurang juga yang menitipkan kata-kata motivasi buatnya agar sentiasa bersangka baik dan tidak menyalahkan sesiapa dalam setiap ujian yang menimpanya.

 

 

 

"Allah lebih sayangkan dia"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen