Sebab tukar tarikh lawatan anak2, bekas isteri ahli perniagaan dipenjara 7 hari

Bekas isteri ahli perniagaan terkenal, Emilia Hanafi hari ini menyerahkan diri di pejabat polis Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk dipenjarakan selama tujuh hari.

 

Gagal patuhi perintah mahkamah

Memetik laporan Harian Metro, Emilia  menjalani hukuman tersebut di Penjara Wanita Kajang bermula hari ini atas kesalahan gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah mengenai lawatan tiga anaknya.

Perkara itu kemudiannya disahkan oleh anak guam Emilia iaitu Nazri Yahya.

"Selepas selesai menjalani hukuman penjara ini, anak guam saya akan hadir untuk prosiding di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang ditetapkan pada 6 Julai.

Tukar tarikh lawatan anak-anak

Untuk rekod, pada 4 September 2019, Mahkamah Tinggi Syariah menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari terhadap Emilia selepas membenarkan permohonan komital (menghina mahkamah) yang difailkan Faisal (bekas suami) apabila wanita itu mengubah tarikh lawatan anak-anaknya.

Emilia dikatakan terpaksa berbuat demikian kerana tekanan emosi yang berterusan dan trauma dihadapinya.

Harap keadilan untuk kakak

Pun begitu, adik Emilia memaklumkan bahawa dia berharap akan ada keadilan untuk kakaknya apabila dibebaskan.

Dia turut mendedahkan pihaknya ada menghantar surat rayuan kepada Istana Negara.

"Saya juga sudah menghantar sendiri surat rayuan kepada Istana Negara tiga bulan lalu supaya hukumannya dapat dikurangkan, namun hingga kini tiada jawapan."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen