"Mereka voicenote nak tumbuk & terajang.."- Ibu bapa terkilan anak diugut pelajar samseng gara2 rampas rokok & vape

Oleh: Shasha Zack

Tujuan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah adalah demi menjadikan permata hati mereka insan berguna dan berjaya kelak. Namun begitu, acap kali kes buli membuatkan anak-anak takut untuk ke sekolah.

Itulah yang dikongsikan oleh seorang bapa, di mana anak yang berusia 15 tahun telah diugut dan diancam keselamatannya oleh rakan-rakan hanya kerana menjalankan amanah sebagai seorang pengawas sekolah.

Tindakan tegas sorok kes buli, 10 pelajar MRSM dibuang - Utusan Digital

Gambar hiasan

"Jangan sampai aku pecahkan kepala kau..."

Perkongsian personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya Twitter menunjukkan satu tangkap layar luahan seorang bapa yang terkesan dengan ugutan yang diterima anaknya, ketika anak merampas rokok dan vape yang dibawa pelajar 'samseng' berkenaan ke sekolah.

Siap mengancam ingin menumbuk dan terajang anaknya, bapa ini berkongsi anaknya sangat takut utnuk ke sekolah selama 3 hari dan memberi alasan tidak sihat.

Image

"Pelajar tu pelajar kesayangan guru kelas..."

Lebih parah, pelajar 'samseng' berkenaan merupakan 'anak' kesayangan guru kelas kerana mempunyai rupa paras elok selain pandai mengambil hati, membuatkan dia sukar diambil tindakan.

Coretan mangsa buli... masih segar di ingatan walau hampir 20 tahun berlalu  | Astro Awani

Gambar hiasan

"Cetak semua bukti, ugutan..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut kesal dengan nasib malang menimpa anak tersebut dan menggesa mereka mengumpulkan bukti sebelum melaporkan kepada pihak guru dan polis.

"Guru2 tolong jangan biar pelajar buat kerja anda..."

"Geramnya dahla buat salah..."

"Buat report polis..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen