Nukilan Hati Si Gadis Jelita Yang Kita Tidak Tahu...

Setiap makhluk yang Allah ciptakan indah dan cantik belaka. Tidak dinafikan wanita adalah antara makhluk Allah yang mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Kecantikkan wanita itu berbeza-beza dan lain insan lain cara pandangannya. Tetapi si gadis jelita yang persis model, kulit muka nya putih mulus dan mempunyai keyakinan yang tinggi juga menjadi tatapan para si gadis selain lelaki.

Ketika jasadnya bergembira menerima tarikan orang ramai, senyumannya sentiasa menggoda dan perilaku yang sangat menyenangkan, kita tidak tahu isi hatinya. Hatinya begitu sensitif, tidak kuat, mudah cengeng, apabila keseorang, tiada siapa yang tahu dirinya sedang menangis. Tiada siapa yang tahu kecuali Allah swt!

Aku tidak mahu memperlihatkan kekurangan dan kelemahan aku pada orang ramai, kerana ketika itu aku akan rasakan seolah-olah satu dunia menyindir aku. Kenapa kau bersedih? Tahu tak dunia ni gelakkan kau sebab kau tu mudah menangis, terjatuh susah untuk bangkit, hati kau mudah rapuh! Minda nya berkata-kata , seolah-olah dia sebenarnya tidak bersendirian.

Menakutkan!

Dia mahu kelihatan normal seperti gadis lain. Di sayangi dan di cintai. Lebih menyakitkan apabila kedua ibu bapa nya tidak menyokong pekerjaannya kerana di luar bidang. Ketika itu dia sedang menjadi kuat untuk menunjukkan bukti bahawa dia boleh melakukan apa sahaja dan berdikari. Ketika melihat semua rakan-rakan telah berkahwin dan memiliki anak. Dirinya pula keseorangan mengejar kerjaya untuk mencari rezeki.

Usai sahaja solat, dirinya menangis. Kenapa dirinya sentiasa dipermainkan oleh lelaki? Kenapa lelaki tidak boleh setia dengannya? Kenapa dia dijadikan sebagai nombor dua? Tidak bolehkah dirinya dijadikan pertama dan terakhir dalam hidup mereka? Lelaki sering memberinya alasan dan bermacam alasan.

“Awak cantik, saya ni biasa biasa je, tak layak untuk awak”

“Awak ada degree, saya ni ada sijil je, awak boleh carik yang terbaik daripada saya”

“Saya harap ada lelaki yang lebih elok dapat jaga diri awak”

Itu sahaja jawapan yang dia terima. Kenapa semua lelaki mahu meninggalkan dirinya? Salahkah dirinya berpelajaran tinggi dan mempunyai wajah yang cantik? Kenapa dia tidak diberi kehidupan yang normal seperti gadis lain? Allah itu tidak berlaku adil! Getus hatinya!

Tetapi ketika dan saat hatinya meruntun berkali-kali meminta pertolongan daripada Allah dan tidak serik memohon keampunan dengan dosa-dosanya yang terdahulu. Ketika itulah Allah memberinya ganjaran yang tidak dia sangkakan.Yakin pada Allah! Allah itu tidak kejam wahai si gadis jelita!

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen