Seharian tak balik rumah, budak perempuan ditemui lalok, mengaku ambil pil terlarang

Seorang budak perempuan ditemui berada dalam keadaan khayal atau lalok di sebuah rumah bersama dengan seorang lagi rakannya, namun dia dalam keadaan elok.

Budak perempuan khayal

Menerusi perkongsian di Tiktok, pemilik akaun menggunakan nama @nrathirah_m berkata sewaktu kejadian, adik lelakinya menerima panggilan daripada remaja terbabit supaya mengambilnya di rumah yang dimaklumkan.

@nrathirah_m jadikan pengajaran buat kita untuk lebih ambik thu aktiviti anak anak . #fyp ♬ original sound - ki

 

"Aku dengan adik lelaki dan anak buah tengah buat kerja kat kedai kakak. Kami sedang melipat kain."

"Budak ni berdua dengan seorang lagi rakannya, seorang lagi elok tak khayal, yang seorang lagi tu call adik lelaki aku suruh ambil mereka di sebuah rumah dan hantar balik ke rumah mereka."

"Jadi adik aku minta tolong aku pergi ambil mereka."

Lebihan pil dalam poket seluar

Setibanya di lokasi kejadian, dia melihat remaja itu terhuyung-hayang dan mendapati mereka tidak pulang ke rumah semalaman.

Ketika ditanya, remaja berkenaan mengaku telah menelan 'epang' (epam atau sejenis pil).

"Kami takut sangat...takut terlibat sekali."

"Nak hereta dia ke balai, dia pun takut. Atas dasar simpati kami biarkan dan hantar balik."

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku di Kelantan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen