“Muka Bella berparut, kurus & ketakutan ketika dirawat.” – Saksi ke-12

Oleh: Zuzu Yasmine

Kes perbicaraan remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella yang disyaki menjadi mangsa dera pastinya sentiasa ditunggu-tunggu oleh orang ramai.

Terbaru, seorang penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa keadaan Bella dalam keadaan takut dan kurus semasa remaja itu dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Julai tahun lalu.

Penolong Pegawai JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) Mohamad Imran Mohamed Zanyuin, 35, yang juga saksi pendakwaan ke-12 berkata, semasa melawat remaja itu pada 4 Julai 2021, Bella bukan sahaja dilihat tidak gembira malah berjalan dalam keadaan tunduk tanpa melihat sesiapa selain kedua-dua tangannya turut berbalut.

“Pada 4 Julai 2021, saya melawat Bella di HKL saya ada pergi lihat Bella secara fizikal dan saya nampak muka Bella berparut, keadaan kurus….Bella juga tidak senyum serta ketakutan,  berjalan dia tunduk tidak pandang orang lain dan kedua-dua tangannya berbalut,” kata saksi itu.

Saksi itu berkata demikian dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik.

Berkongsi lebih lanjut, saksi itu berkata sebelum Bella dirawat di HKL, beliau telah menerima makluman melalui WhatsApp daripada Siti Bainun Ahd. Razali pada 24 Jun 2021 yang mengatakan Bella terkena air panas.

Dalam perbualan WhatsApp pukul 3.03 petang itu, Siti Bainun turut menyertakan beberapa keping gambar yang menunjukkan keadaan tangan dan bahagian kepala Bella yang dikatakan terkena air panas.

“Siti Bainun ada mengatakan dia telah ke hospital mengambil ubat spray kuning, saya ada katakan kenapa tidak bawa Bella sekali dan Siti Bainun menjawab, bimbang dikatakan ‘buat’ Bella,” kata saksi itu lagi.

Beliau kemudiannya bertanya kepada Siti Bainun bagaimana dengan keadaan Bella di rumah dan Siti Bainun hanya memaklumkan remaja itu dijaga oleh anak-anak di rumah itu.

Terdahulu, Siti Bainun, Ahd. Razali ,30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen