Dulu dianggap ilmu kampung, kini kelas Silat 'dikejar' anak muda. -"Mat Kilau ubah persepsi ramai..."

Sejak filem Mat Kilau ditayangkan 23 Jun lalu, orang ramai terus bercerita tentang kehebatan filem tersebut sehingga akhirnya menjadi fenomena di Malaysia.

Lebih tak disangka, bilamana ilmu mempertahankan diri yang ditayangkan menjadi ikutan penonton, termasuklah dalam kalangan anak muda.

Mat Kilau bawa aura positif

Menurut Naib Pengerusia Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) Daerah Jempol, Ahmad Shafiq Zulkifli berkata, sejak tiga hari lalu pihaknya menerima pendaftaran lebih 40 pelajar baharu yang mahu belajar silat.

Ujarnya, itu merupakan sambutan luar biasa kerana sebelum ini cuma tiga hingga empat orang sahaja pelajar berdaftar dalam tempoh setahun.

"Impak dicetuskan filem berkenaan menyebabkan ada ibu bapa yang mahu anak-anak mereka belajar silat."

"Sebelum ini, silat kurang mendapat sambutan berikutan ada yang mendakwa hanya sekadar seni bela diri kampung, namun tayangan filem itu mengubah persepsi orang ramai."

-Ahmad Shafiq-

Kelas silat kini jadi buruan anak muda

Selain itu, Shafiq juga akui pengaruh silat yang dipamerkan dalam filem berkenaan memaparkan semangat juang yang tinggi, pembawaan watak persilatan serta adab orang Melayu dan junjungan agam Islam yang tinggi.

"Tidak menghairankan apabila ada ibu bapa mendaftar anak mereka berusia lima tahun, selain ada golongan dewasa berusia 50 tahun yang turut berminat mahu berlatih silat."

-Ahmad Shafiq-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen