Anak tergolek dari kereta, netizen selar sikap sambil lewa ibu bapa –“Cuai betul!”

Oleh: Zuzu Yasmine

Anak-anak yang masih kecil sememangnya lincah melakukan pelbagai perkara yang kadang kala mengudang bahaya pada mereka. Namun, sebagai ibu bapa pemerhatian lebih perlu diberikan kepada anak-anak ini.

 

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak dilihat tergolek di atas jalan dipercayai terkeluar dari kereta.

Dalam video yang dimuat naik di DashCam Owner Malaysia di laman Facebook itu dapat dilihat pemandu kereta sempat memberhentikan kereta dan menyelamatkan kanak-kanak berkenaan selepas dilihat berada di tengah jalan.

Dalam video berdurasi satu minit itu dapat dilihat penunggang motosikal serta ibu dan juga kakak kepada kanak-kanak berkenaan datang menghampiri selepas diselamatkan oleh pemandu kereta tersebut.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan cuai itu. Malah, mereka juga bersyukur apabila kenderaan yang ada di belakang perlahan menyebabkan kanak-kanak itu terselamat dari kemalangan.

Itu pentingnya childlock!

Benda cuai bukan mak je

Hati-hati sikit bab anak ni

Nasib baik kereta belakang nampak

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen